Wednesday, 29 May 2013

Tuesday, 28 May 2013

Cameron Highlands 2

Kali ni sambungan Cameron Highlands lagi, mari kita ke ladang rama-rama pulak.






Monday, 27 May 2013

Cameron Highlands 1

Last Sunday aku pergi Cameron Highlands, aku rasa hampir 20 tahun aku tak kesana, banyak betul perubahan. Dulu tak banyak hotel dan apartment tapi sekarang dah macam cendawan. Yang paling aku tak puas hati cuaca sekarang dah tak sejuk lagi dan bunga-bunga pun dah tak banyak. Bagi aku Cameron dah tak menarik lagi.

 









Wednesday, 8 May 2013

Kenangan di Sek Keb Sg Penchala

Pada 5/5/3013 semua rakyat Malaysia keluar mengundi begitu jugalah dengan aku. Aku punyalah excited nak gi mengundi maklumlah kali pertama aku pergi mengundi, nervous dan cuak jugaklah aku dibuatnya. Aku takut tersalah pangkah aje, ye lah salah pangkah rosak kertas undi aku.

Aku mengundi di Sek Keb Sg Penchala, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Itu adalah sekolah aku semasa darjah 1 hingga 6, terasa rindu pulak dengan kawan-kawan sekolah dulu, mana derang agaknya. Di sekolah ni aku pernah jadi guru sementara selama 3 bulan mengantikan cikgu yang cuti bersalin. Kalau tak silap, aku jadi guru darjah 2 dan aku juga mengajar matematik dan english untuk pelajar darjah 4. Masa tu umur aku 18 tahun, baru lepas dapat keputusan SPM, gajinya tak lah besar aku dibayar RM380 aje, tapi bagi aku sangat besar yelah aku belum pernah bekerja.

Pelajar-pelajar aku mengelarkan aku Cikgu Rock, aku pun tak tau kenapa tapi akulah cikgu yang paling muda kat sekolah tu. Student2 aku dulu entah pergi manalah agaknya, apa derang buat sekarang ni. 

Sepanjang aku mengajar kat sekolah tu, aku kerap mengikut rombongan sekolah, student2 aku suka sangat belikan aku buah tangan, aku rasa terharu sangat, sepatutnya aku yang beri derang bukan derang yang beri aku. Yang paling best sekali bila aku last mengajar kat sekolah tu, pelajar2 aku boleh menangis baik perempuan ataupun lelaki, aku rasa sedih pulak nak tinggalkan derang. Student2 aku siap bagi hadiah dan bunga kat aku, aku rasa bangga sangat2.

Aku sempat juga ambik gambar2 sekolah aku dulu tapi dah banyak yang berubah.